Assalamualaikum, kali ini saya akan mengajarkan cara untuk membentuk jasad seorang manusia
Pertama sekali, pastikan anda menggunakan pensel HB
Pertama sekali, pastikan anda menggunakan pensel HB
Kedua, bina sebuah bulatan dan satu garisan lurus ke bawah. Kemudian tambah satu garisan melengkung berserenjang dengan garis lurus tadi.
Sambungkan bulatan dengan garisan melengkung dan sambungkan garisan tersebut dengan bucu garisan melengkung tadi Kemudian bina dua bulatan di hujungnya
dan bina sebuah diafragma di bahagian bawah.
Bina dua lagi garisan dibawah diafragma dan bentukkan bentuk dibahagian bawah seperti yang ditunjuk. Dan bentukkan muka dibahagian bulatan paling atas.
Bentukkan dua segiempat tepatpada bahagian bulatan di sisi. Pastikan segiempat tersebut serong ke luar bahagian badan. Bentukkan juga kaki dengan bentuk bujur. Sertakan bulatan pada hujung bentuk bujur tersebut.
Bentukkan segiempat tepat pada bawah segiempat tepat yang pertama. Bentukkan juga dua segiempat tepat di bawah bulatan. Bentukkan juga bahagian pinggang.
Bentukkan bahagian betis dengan bentuk bujur. Lukiskan sebuah petak seperti tapak kaki kuda dan bentukkan bentuk segiempat tepat dibawahnya. Sambungkan kedua bentuk tersebut.
Bentukkan bahagian tangan seperti di dalam gambar.
Sapu garisan pada bahagian dalam dengan menggunakan pemadam yang bersih. Bentukkan jasad bagi karakter tersebut.
Bentukkan bahagian tubuh badan. Tahniah, anda berjaya menyiapkan sebuah karakter.
Ulasan
namun saya juga ingin memberikan beberapa komen kepada anda iaitu :
> tolong perincikan lagi cara melukis bahagian jari dan tangan
> tolong memperjelas lagi gambar-gambar yang di'post' oleh anda
sekian daripada saya , terima kasih...