Langkau ke kandungan utama

Panduan Melukis

Assalamualaikum, kali ini saya akan mengajarkan cara untuk membentuk jasad seorang manusia 




Pertama sekali, pastikan anda menggunakan pensel HB





Kedua, bina sebuah bulatan dan satu garisan lurus ke bawah. Kemudian tambah satu garisan melengkung berserenjang dengan garis lurus tadi.




Sambungkan bulatan dengan garisan melengkung dan sambungkan garisan tersebut dengan bucu garisan melengkung tadi Kemudian bina dua bulatan di hujungnya
dan bina sebuah diafragma di bahagian bawah.




Bina dua lagi garisan dibawah diafragma dan bentukkan bentuk dibahagian bawah seperti yang ditunjuk.  Dan bentukkan muka  dibahagian bulatan paling atas.




Bentukkan dua segiempat tepatpada bahagian bulatan di sisi. Pastikan segiempat tersebut serong ke luar bahagian badan. Bentukkan juga kaki dengan bentuk bujur. Sertakan bulatan pada hujung bentuk bujur tersebut.




Bentukkan segiempat tepat pada bawah segiempat tepat yang pertama. Bentukkan juga dua segiempat tepat di bawah bulatan. Bentukkan juga bahagian pinggang.




Bentukkan bahagian betis dengan bentuk bujur. Lukiskan sebuah petak seperti tapak kaki kuda dan bentukkan bentuk segiempat tepat dibawahnya. Sambungkan kedua bentuk tersebut.




Bentukkan bahagian tangan seperti di dalam gambar.




Sapu  garisan pada bahagian dalam dengan menggunakan pemadam yang bersih. Bentukkan jasad bagi karakter tersebut. 




Bentukkan bahagian tubuh badan. Tahniah, anda berjaya menyiapkan sebuah karakter. 










Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Terima kasih mengajarkan saya. Saya sudah lama mencari cara untuk melukis.
S@ruM0n berkata…
terima kasih ke atas blogger kerana telah memudahkan urusan saya dalam menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru kepada saya .

namun saya juga ingin memberikan beberapa komen kepada anda iaitu :
> tolong perincikan lagi cara melukis bahagian jari dan tangan
> tolong memperjelas lagi gambar-gambar yang di'post' oleh anda

sekian daripada saya , terima kasih...

Catatan popular daripada blog ini

Contoh lukisan

Berikut merupakan  salah satu contoh bagaimana saya menggunakan cara yang sama untuk melukis dengan  posing yang berbeza.
Assalamualaikum dan selamat datang ke blog saya. Ribuan terima kasih saya ucapkan kerana telah mengunjungi blog ini. Tujuan utama saya membuat blog ini adalah untuk berkongsi sedikit pengetahuan saya dalam seni lukisan.
Salah satu daripada karya seni saya. Saya akan berkongsi cara bagaimana saya dapat melakukannya.